Thursday, 28 July 2016

Strategi Pembekalan Ayam Daging Berdasarkan Perniagaan Jakel

Sama-Sama Kita Baca dan Fahami.

1. Jakel mula dikenali ramai apabila mereka menggunakan platform pengiklanan dan promosi di Malaysia Hari Ini (Tv3) dan bunting.
2. Mereka memperuntukkan bajet untuk iklan dan promosi sekitar Rm 15 juta setahun.
3. Pada tahun 2013, Jakel telah membuat jualan terkumpul sebanyak Rm 600 juta.
4. Jakel menggunakan platform radio, surat khabar dan pamplet bersaiz A4 untuk meningkatkan kesedaran kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
5. Perkara penting semasa membuat promosi adalah stok. Pastikan stok mencukupi.
6. Kekurangan stok yang mencukupi akan mendatangkan beberapa kelemahan lain seperti kepercayaan pelanggan akan berkurang, pelanggan akan lupa serta boleh menjejaskan sedikit kredibiliti.
7. Produk yang bagus bukan jaminan keuntungan sekiranya ia tidak seiring dengan servis yang baik.
8. Jakel mengutamakan servis yang baik kepada pelanggan di cawangannya bagi meningkatkan pengalaman baik pelanggan semasa membeli di Jakel.
9. Semakin banyak persaingan semakin tinggi “awarenes” yang mereka dapat.
10. Apabila menghadapi persaingan, Jakel lebih fokus untuk menjaga 3 perkara iaitu servis, kualiti produk dan harga.
11. Jakel pernah menjual kain dengan harga RM 1 semeter. Walaupun rugi pada satu jenis kain, tetapi mereka untung pada produk-produk lain.
12. Mereka akan memaksimakan penggunaan segala medium pengiklanan untuk meningkatkan “awareness” kepada orang ramai.
13. Di antara cabaran utama Jakel adalah design yang mereka keluarkan sering ditiru.
14. Untuk jualan retail,staff Jakel telah dilatih untuk memberi maklumat produk dengan sebaiknya kepada pelanggan.
15. Pelanggan yang datang ke cawangan retail Jakel akan diekori demi menjaga servis dan keperluan pelanggan.
16. Harga bukan isu besar apabila kualiti dan servis dijaga.
17. Jakel mengenali siapa target pelanggan mereka.
KREDIT KEPADA Majalah Niaga
Aplikasi kepada perniagaan FROZEN FOOD
====================================
Kata kunci yang boleh kita ambil dari strategi perniagaan jakel ini adalah :
-Jakel menggunakan platform radio, surat khabar dan pamplet bersaiz A4 untuk meningkatkan kesedaran kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
Iklan kena bersungguh menunjukkan kita pakar dalam bidang yang kita ceburi..Sebut ja ayam,daging,barangan frozen semua org ingat MEATROPOLIS iNDUSTRY di Seksyen 16 
-Perkara penting semasa membuat promosi adalah stok. Pastikan stok mencukupi.
Promosi dah gempak,bila orang tanya stock kita xdak..Mesti selari antara pengiklanan dan stock. Bab stock ni kena ada managment nisbah duit simpanan dan duit perbelanjaan syarikat. Mesti ada 1:3..Contohnya, modal meniaga rm100,000 modal simpanan mesti kena ada RM300,000. Time emergency bila sale jatuh, harga barang naik, simpanan ni akan selamatkan kita.
-Apabila menghadapi persaingan, Jakel lebih fokus untuk menjaga 3 perkara iaitu servis, kualiti produk dan harga
Orang membeli sebab dia percaya kita mampu deliver dan memberi tahap kualiti yang pelanggan harapkan. Dari segi kesegaran daging , ayam mesti tiptop dan masa penghantaraan mesti sharp dengan janji.
Saya pun tengah belajar nak aplikasi tips2 perniagaan ni, jatuh bangu tu biasa yang penting;
ADAKAH KITA BERSEDIA UNTIK BANGKIT MEMBINA KEJAYAAN SEMULA!

Tuesday, 26 July 2016

Masalah Yang Mungkin Peniaga Hadapi Melalui Perniagaan Frozen

Bismillah,
27/7/16
Perjalanan Bangkit 1 (Sketsa 1)
================
Faktor kelembapan perniagaan.Ni antara list yang aklu dan pikiaq..kalau ada lagi boleh cadang..Menerima teguran dengan hati terbuka 
1. Harga Ayam/Daging melambung naik
Waktu ni dalam fasa nak masuk bulan puasa, aku dah dapat nasihat dari SIFU sruh pump stock siap-siap sebelum puasa.
Bukan x pump tapi jumlah modal nak pump agak gila!
Hampir 300k! Agak nak pengsan pikir.
Bila masuk bulan puasa modal pusingan setiap hari meningkat.
Paling terasa xdak stock daging lembu tempatan, kalau ada bulan puasa haritu 10 ekor pon boleh jalan,
2. Overhead yang tinggi.
Overhead ni perkara paling scary dalam menjalankan perniagaan,ni aku bagi list;
i. Sewa kedai : RM5,700
ii. Bayar gaji ; RM7,000
iii. Bayar utility : RM5,000
IV. Marketing : RM3,000
total semua dah dekat rm20k
p/s: Ada lagi kos yang aku dok pejam mata ja..
Aku cadang nak turun cantas yang mana patut sampai tingal setengah dari kos skrg!
3. Service delivery tunggang langgang
Bab service ni berkait rapat dengan BERJANJI..Part ni memang susah sbb date line penghantaran bukan boleh main2 wooo.
Lambat confirm kena maki dengan customer, tu xtermasuk barang kena reject lagi.
Lepas ni aku yang jadi pion,dah lama xasah bakat..dlu runner jugak,rebate tol sebulan RM300 beb! satu lembah klang aku dah pusing, pagi klang,tghri damansara, malam kajang..Pikiaq balik memang best sbb pengalaman jumpa ramai org berbagai ragam.
4. Margin keuntungan yang kecil
Sapa cakap meniaga frozen ni mudah, kalau aku cerita bab margin confirm kadang2 xmasuk akal..tu kalau clear cara meniaga,time org lain buang harga memang garu kepala lah.
Perang harga ni sapa buat memang akan jerut tengkok sendiri, lama mna boleh tahan kalau dok jualan negative..Makan modal ja lama2.
5. Barang dibeli dari supplier semua mesti cash cash.
Ni memang kunci meniaga frozen, boleh kredit barang dengan supplier. Kalau x nak jual satu jenis daging dah kos RM4k..klau dah 15 jenis dan berpoloh ribu.
Supplier pon kebanyakkan nak 6 bulan ke 1 tahun baru boleh bagi kredit.
Letih dah menulis,
Kalau rajin share la ye,mna tau ada kawan2 yang dok survey pasal nak bukak frozen

Tuesday, 14 June 2016

Perjalanan Bisnes Pembekal yang Sangat Mencabar


Assalamualaikum,

Perkongsian hari ini cuma nak menceritakan kisah cabaran Anak Melayu menapak di Industry Pembekalan Bahan Mentah yang kebanyakkan dimonopoli oleh bangsa lain.

Cabaran yang aku hadapi,

Harga bekalan yang tidak menentu

Kebanyakkan sifu yang saya jumpa sangat bergantung harap kepada Tokey Lau, (siapa faham dia bijak!)
Orang Melayu yang saya jumpa hanya menumpang sebagai broker atau orang tengah kepada Tokey Lau!
Tapi sinar harapan untuk bangsa kita saya nampak sangat cerah sejak kebelakangan ni, Ramai berani mencuba untuk jadi Tokey Lau! Aku hanya mampu mengharap harga akan turun ! Ayuh Bangsaku!

The Big Player.

Big Player seperti GOINT,TASCO juga sangat bijak menggunakan strategi jualan murah pada musim2 perayaan dan cuti sekolah disebabkan stock mereka yang BESAR!

Alhamdulillah,

Segalanya aku hadapi demi mencari sesuap nasi, banyak strategi yang diatur membuahkan hasil dan aku sangat berpegang kepada prinsip TEPATI JANJI dengan memberikan SERVICE penghantaran terbaik kepada pelanggan.

Next topic maybe aku akan kongsi TIPS SERVICE macam mana pelanggan suka! 

see YOU GUYS:)





Wednesday, 25 May 2016

Kisah Seorang Peniaga Jalanan



Assalamualaikum,

Perkongsian hari ini cuma nak menceritakan kisah disebalik tertubuhnya outlet Meatropolis Industry di Shah Alam.

Sebenarnya,

Sebelum ni saya seorang peniaga jalanan Nasi Kukus Ayam Dara di Shah Alam, Gerai pertama dibuka di seksyen U12. Kedai di corner selepas terowong.

Niat untuk bukak gerai ni disebabkan nak menolong kawan untuk kumpul duit kawin pada tahun lepas. Alhamdulillah niat nak membantu kawan untuk lepas kawin tercapai selepas 6 bulan berniaga.

Kisah perit,

Banyak kisah perit sebenarnya sebelum berjaya dapatkan sale rm1000 sehari, mula-mula dulu sale cuma RM80 sehari. Nak berjaya dapatkan sale macam tu saya cuma ada satu rahsia sahaja, KONSISTEN BUKAK KEDAI!

Kisah Meatropolis bermula,

Masalah yang saya hadapi adalah nak dapatkan pembekal ayam dara yang murah dan konsisten di Shah Alam. Sebab, major bahan adalah ayam. Bila sebut saja ayam dara pembekal terus cakap harga rm7 lebih keatas umtuk sekilo. Saya jual nasi kukus ni cuma rm5, margin dh xde kalau ayam mahal.

Kisah doa,

Saya niat dan berdoa kepada Allah nak bukak kedai pembekal Ayam Dara dan nak bantu peniaga lain dengan memberikan service yang terbaik dari segi harga dan delivery.

Alhamdulillah,

Niat saya Allah tunaikan, dan tertubuhlah Meatropolis Industry di Shah Alam

p/s : kalau nak bekalan ayam dara, ayam bulat dengan harga borong terus cal/whatsapp sy ye
        010-8180101

Tuesday, 24 May 2016

Pembekal Ayam Dara Daging Kambing Segar Beku Shah Alam


Assalamualaikum,

Syarikat Kami Al Maaidah Frozen Sdn Bhd Mula Bertapak Selangkah Lebih Jauh Dengan Membuka Outlet di Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam.

Kepakaran Syarikat Kami Adalah Membantu Peniaga Mendapatkan Bekalan Mentah Dengan Harga Borong dan Konsisten.

Perniagaan ini ditubuhkan atas dasar ingin membantu peniaga Bumiputera mendapatkan bekalan tanpa was2 status halal. Insyallah kami akan sentiasa berpegang kepada prinsip perniagaan yang berteraskan Islamic.

Produk Yang Kami Tawarkan Seperti:
Ayam Bulat Segar, Ayam Dara Segar, Lamb Shoulder, Chicken Chop, Boneless Breast. Boneless Leg. Rump Steak, Whole Carcass. Top Side, Lamb Sixway dan lain-lain lagi.

Kedai kami beralamat di:

C-17-G, JLN SERAI WANGI L 16/L
ALAM AVENUE 2, SEKSYEN 16
40000 SHAH ALAM SELANGOR

Segala pertanyaan mengenai produk atau tempahan boleh terus hubungi kami.
call/whatsapp : 010-8180101